EMAGINE TV Ingin Memudahkan Pengguna Menikmati Kandungan Video Internet

Emagine TV
Pada hari ini, boleh dikatakan segelintir pengguna telah mula kurang menonton kandungan pada kaca televisyen, tetapi sebaliknya bergantung kepada kandungan pada internet. Untuk memudahkannya terdapat beberapa peranti seperti AppleTV dan lain-lain, dan terkini daripada Malaysia adalah EMAGINE.

EMAGINE menawarkan pelbagai kandungan video daripada YouTube, Vimeo, dan beberapa kandungan lain dalam bentuk HDTV terus ke kaca televisyen tanpa sebarang iklan. Untuk menggunakannya, pengguna perlu mendapatkan sebuah peranti khas yang ditawarkan pada harga RM399.Ia dikatakan terdapat lebih daripada 200 kandungan yang telah disediakan pada EMAGINE, dikumpulkan dari internet. Pengguna juga menggunakan EMAGINE boleh berkongsi video kegemaran mereka terus ke laman sosial, melalui sokongan terbina yang didatangkan bersama-sama dengan peranti tersebut.

Selain kandungan video, EMAGINE juga menyediakan kandungan berbentuk audio, membuatkan pengguna boleh mendengar kepadanya apabila membuat kerja dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh mendapatkan lebih maklumat berkaitan EMAGINE daripada laman rasmi mereka, ataupun membelinya melalui laman Lazada.

 

 

Original article published at: http://www.emagine.my/emagine-tv-ingin-memudahkan-pengguna-menikmati-kandungan-video-internet/

 

 

Leave a Comment